Saturday, February 26, 2011

Perkara ajaib tersembunyi dalam minda

*post kali ni aku jumpa masa baca blog orang . aku suka post ni so aku copy laa sebab menarik untuk kongsikan .hehe .


ini dia ! jeng-jeng-jeng !



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.



3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



* Aku rasa aku lebih tenang setelah baca petikan ini, puncanya kenapa aku bersedih sebab aku sendiri yg membiarkan diri aku bersedih...so? baik aku happy jelaaa....itu pilihan yg baikkkk kan?!!!! : )

*oke ! aku rasa bertuah sangat jumpa artikel ni :) .
*so trima kasih kepada blog" bukankosong.blogspot.com " :]  toceh-toceh . hhaha ....

post entry untuk tengah malam

oke! aku tak boleh tidur , tak tahu kenapa ,padahal badan dah letih dah ....
-mesti petang tadi kau dah tidur kan kan??sebab tu la tak boleh tidur ...
TAK ! aku tak tidur pun oke !
-minum kopi lebih-lebih ?
aku tak minum kopi -,-

*mata tolonglah pejam  #,#

Monday, February 21, 2011

water color :]

oke ! esok seni [PSV] . kene bawa water color .
aku tak pandai guna water color weyh . haha ,
member aku try guna water color , dah tak jadi lukisan dah ! aku tengok
 dah macam bencana alam dah lukisan dia ...
Salt Watercolor
lebih kurang macam ni la lukisan dia .tapi warna hitam
cikgu suruh buat gambar pantai , tapi lain yg jadinya ...
hahaha aku gelak je bila tengok dia punya kertas lukisan .

Thursday, February 17, 2011

rasa nak pindah sekolah :D

bosan ouh bila 5 tahun kita sekolah ,skool yg sama je . nak pindah-pindah jugak en , ramai kenalan baru best :D
lagi satu ! aku bosan gile bila jumpa org yg sama je =.= (kat sekolah la maksudnya) haihh...
-jom ramai-ramai kita pindah sekolah oke ? amacam ? 

Wednesday, February 16, 2011

susahnya kertas exam =,='

kertas B.I susah yaa amat ...bertapa seksa nya aku nak jawab summary , tak paham langsung =.=
tolong la cikgu , buat soklan yg mudah sikit nak paham .

and "stop exam, save tree" haha , berapa banyak exam pad nak pakai . habis laa pokok ... setahun dah berapa banyak dah exam kena jawab . tuu baru satu sekolah . dalam malaysia ni ade berapa ribu sekolah ?setahun berapa banyak pokok nak tebang ? kalau boleh beli bundle-bundle takpe . ni kena beli satu set .
oke ! saya akhiri ceramah saya dengan "wabillahi taufik walhidayah" asalamualaikum .
haha mcm uztaz zamri \. save tree ! stop exam !

mood: semangat . haha

Tuesday, February 15, 2011

blog !

oke ! aku tgh betul kan blog ni , blog ni cacat sikit .sebab tu laa nampak buruk ....
tengah adjust sikit kasi lawa , walaupun aku tak pandai nak cantikkan , aku paksa jugak supaya jadi lawa =.= ....

hati orang kita jaga , hati kita sendiri ?

penat lah , asyik kita jer yg jaga hati orang lain. Orang lain pulak ? ade nak fikir pasal hati kita?
takder pun ...dan sekarang dah  malas dah aku nak menjaga hati orang lain yg langsung tak reti
nak hargai .

rasa macam tunggul jer bila kita berusaha nak jaga hati orang lain , taknak kasi sedih,terluka .
haihh...alih-alih , orang buat bodoh je .
tak gune betul =.='

Tuesday, February 8, 2011

Wednesday, February 2, 2011

-=,=-

uit , jgn kacau ! bosan ni weyy ..

mulut cakap  - ngantuk nk tidur ahh...