Wednesday, June 8, 2011

aku saja jer tak nak online !

ye memang ! aku saja tak online , tiga bulan -.- ,
nk buat mcm mne ? laptop ni buat hal
tapi sekarang dh okey dh :) .
nk thu tak ? ahh ! aku tak kira , kau kena tahu jugak! hehe !!
bila aku dah lama tak online , rasa mcm malas jer nk on laptop ni balek ,
selalunya aku takleh kalau tak bukak laptop!
tak thu laa knape , facebook notification pun bila aku bukak , lebih-lebih banyak -,-.
blog nipun dh lme tak bukak , dh bersawang dh jadinya ... ish2

so ! kesimpulannya , kenapa aku jadi mcm tuh ? 
any idea ? 
?
?



Monday, March 7, 2011

sesepi apakah ?

sesepi apakah malam ini
ketika mendampingi sunyi
sesaat kumerindu
melangut di hujung malam-Mu
sendiri lagi seorang dalam diam

sesepi apakah malam ini
ketika menyimpuh di kelokan
mendamba pengampunan
dalam sarat gelisah noda semalam
untuk kata dan langkahan
hari esok yang belum pasti terjadi
buat aku termenung memanjang

sesepi apakah malam ini
ketika gemuruh jiwaku kian hilang
sesaat aku yang memilih
bukannya dipilih
hanya pada dua jalan di hadapan
di antara nafsu dan iman

sesepi apakah malam ini
ketika mentari kian berlabuh
menjemput bayangan suram
ya, seharusnya aku yang datang
melabuhkan sebuah pengharapan
memohon kasih belas-Mu, Tuhan
menyingkap baris-baris kata
berdoa setulus rasa
pada-Mu Sang Pemilik jiwa



#- gila ke apa aku ni post entry jiwang macam ni ? 
    actlly aku bosan , so jiwang la sikit praiii -.- .

Thursday, March 3, 2011

what is SEJARAH ?

ape tu sejarah ?

   S- aya benci sejarah
   E- sok ada sejarah.
   J- adi saya ponteng sekolah  .
  A- ku masuk black-list sekolah.
  R- umah saya dapat sampai surat amaran sekolah.
  A- yah saya kena pergi sekolah .
  H- idup saya sangat susah .

# hebat maksud sejarah :D

Saturday, February 26, 2011

Perkara ajaib tersembunyi dalam minda

*post kali ni aku jumpa masa baca blog orang . aku suka post ni so aku copy laa sebab menarik untuk kongsikan .hehe .


ini dia ! jeng-jeng-jeng !



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.



3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



* Aku rasa aku lebih tenang setelah baca petikan ini, puncanya kenapa aku bersedih sebab aku sendiri yg membiarkan diri aku bersedih...so? baik aku happy jelaaa....itu pilihan yg baikkkk kan?!!!! : )

*oke ! aku rasa bertuah sangat jumpa artikel ni :) .
*so trima kasih kepada blog" bukankosong.blogspot.com " :]  toceh-toceh . hhaha ....

post entry untuk tengah malam

oke! aku tak boleh tidur , tak tahu kenapa ,padahal badan dah letih dah ....
-mesti petang tadi kau dah tidur kan kan??sebab tu la tak boleh tidur ...
TAK ! aku tak tidur pun oke !
-minum kopi lebih-lebih ?
aku tak minum kopi -,-

*mata tolonglah pejam  #,#

Monday, February 21, 2011

water color :]

oke ! esok seni [PSV] . kene bawa water color .
aku tak pandai guna water color weyh . haha ,
member aku try guna water color , dah tak jadi lukisan dah ! aku tengok
 dah macam bencana alam dah lukisan dia ...
Salt Watercolor
lebih kurang macam ni la lukisan dia .tapi warna hitam
cikgu suruh buat gambar pantai , tapi lain yg jadinya ...
hahaha aku gelak je bila tengok dia punya kertas lukisan .

Thursday, February 17, 2011

rasa nak pindah sekolah :D

bosan ouh bila 5 tahun kita sekolah ,skool yg sama je . nak pindah-pindah jugak en , ramai kenalan baru best :D
lagi satu ! aku bosan gile bila jumpa org yg sama je =.= (kat sekolah la maksudnya) haihh...
-jom ramai-ramai kita pindah sekolah oke ? amacam ? 

Wednesday, February 16, 2011

susahnya kertas exam =,='

kertas B.I susah yaa amat ...bertapa seksa nya aku nak jawab summary , tak paham langsung =.=
tolong la cikgu , buat soklan yg mudah sikit nak paham .

and "stop exam, save tree" haha , berapa banyak exam pad nak pakai . habis laa pokok ... setahun dah berapa banyak dah exam kena jawab . tuu baru satu sekolah . dalam malaysia ni ade berapa ribu sekolah ?setahun berapa banyak pokok nak tebang ? kalau boleh beli bundle-bundle takpe . ni kena beli satu set .
oke ! saya akhiri ceramah saya dengan "wabillahi taufik walhidayah" asalamualaikum .
haha mcm uztaz zamri \. save tree ! stop exam !

mood: semangat . haha

Tuesday, February 15, 2011

blog !

oke ! aku tgh betul kan blog ni , blog ni cacat sikit .sebab tu laa nampak buruk ....
tengah adjust sikit kasi lawa , walaupun aku tak pandai nak cantikkan , aku paksa jugak supaya jadi lawa =.= ....

hati orang kita jaga , hati kita sendiri ?

penat lah , asyik kita jer yg jaga hati orang lain. Orang lain pulak ? ade nak fikir pasal hati kita?
takder pun ...dan sekarang dah  malas dah aku nak menjaga hati orang lain yg langsung tak reti
nak hargai .

rasa macam tunggul jer bila kita berusaha nak jaga hati orang lain , taknak kasi sedih,terluka .
haihh...alih-alih , orang buat bodoh je .
tak gune betul =.='

Tuesday, February 8, 2011

Wednesday, February 2, 2011

-=,=-

uit , jgn kacau ! bosan ni weyy ..

mulut cakap  - ngantuk nk tidur ahh...

Thursday, January 6, 2011

aku dah semangat dah .

hujan oh hujan , kenape lah kau turun time aku nak pegi sekolah ?
tak boleh merungut , hujan tuh kan rahmat ,memang lah teramat rahmat untuk aku,
sebab tak payah pergi sekolah  ^_^ , seronok ni , tengah guling-gelantang . tak payah bawak buku teks sekolah yg tebal nak mampus.-.-

buku teks tebal -.-"

dah la tebal-tebal semua buku , pastu kena bawak hari-hari ?
nak taknak , kena jugak ler -.-"

Saturday, January 1, 2011

happy new year =D


- We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day.. happy new year :)

-Time is passing so fast ..Oh 2010 ..you had left me with lots of memories .thank you so much for making me more mature ..so long 2010 .. :)



 selamat tahun baru , tak sabar nak meneruskan hidup pada 2011 , harap ade luck la untuk aku .
lupakan kisah yang dah berlalu,walaupun aku akan sedih sebab 2010 akan melabuh kan tirainya , life must be go on ,kita tutup buku lama dan buka buku baru .walaupun banyak kenangan pahit daripada manis , aku takkan lupakan, sereyes takkan , tahun ni banyak mengajar aku erti kehidupan yang amat bermakna dan tak ternilai.... ..  


2011 akan jadi seperti awal tahu 2010 , sedih la , semua nya dah kembali kepada rutin masing-masing , acik nanti nak balik semula kat kolej dia KPTM ,ibu pulak next year mungkin akan terima tawaran untuk jadi permenant kat tempat kerja dia kat PWTC .


  pastu maksu sidah pulak kena pergi PLKN 3 bulan,tiga bulan tuh , memang terbengkalai la kerja kat rumah ni , lagipun aku mesti akan rasa sunyi dan bosan kalau dia takder tak dapat bayangkan la macam mana .lepas PLKN dia nak kerje ,memang jarang la dapat jumpa dia lepas ni , dah la ibu jarang2 dapat jumpa , ni maksu pun sekali .aisyah dah masuk tingkatan1 , sekolah petang, tak dapat jumpa jugak. aku pulak dah masuk form 3 , kena lah bangun pagi2 , petang mesti susah nak jumpa diorang semua, sedih la wey ,sereyes tertekan , petang2 tinggal aku dengan sara jer .T,T



-aku akan rindu 2010,selamat tinggal 2010,dan selamat datang 2011-


dah tahun baru , azam aku kena la baru jugak kan . so I hope next year, 2011, I be more mature,more confident, not overly dependent on others and want to be independent even though it is difficult,i will try my best.I want to become more stylish next year. other than that,I hope to find more money for my need. I tried not to easily trust other people, I have a particular reason why I did so. by the way, next year i hope 2011 will be a busy year for me ツ . 
- hope to get up early next year because next year I already in form 3 -
                              - wish me luck ye kawan -